Menang Pertandingan Video Pendek Antirasuah SPRM/MRSM

Produksi luar biasa: Kejayaan Manis

Pada mulanya berjaya melepasi proses saringan bersama lebih kurang 80 lagi video penyertaan dari MRSM seluruh Malaysia.

Kemudian, hasil sokongan rakan2 semua yg Like/Share/View, MRSM Balik Pulau layak menempatkan diri sebagai 30 penyertaan terbaik untuk ke Peringkat Akhir. Selepas itu, giliran pihak juri pula sepenuhnya menilai untuk memilih 10 pemenang.

Kemuncaknya, kedua-dua penyertaan MRSM Balik Pulau terpilih sebagai Pemenang Tempat Ketiga & Tempat Kelima setelah melalui fasa-fasa pertandingan yg agak mencabar. Alhamdulillah, rezeki utk anak2 pelajar.

Kami ingin mengucapkan terima kasih yg tidak terhingga kepada semua pihak atas kerjasama, sokongan dan doa kalian.

Terima kasih pihak SPRM & MARA atas penganjuran pertandingan ini yg mampu menanamkan semangat Anti-Rasuah dan mencungkil potensi serta bakat para pelajar.

Tahniah juga kepada para pemenang dan semua peserta yg menyertai. 

Jom tonton video di pautan ini😊

GELAPNYA RASUAH

RASUAH PEMUSNAH KEHIDUPAN

Comments