Hari Sabtu, 28 November 2020, sejarah tercipta di MRSM Balik Pulau kerana buat pertama kalinya Mesyurat Agung Muafakat 2020 (ibu bapa/guru) diadakan secara maya. Mesyuarat yang dikendalikan menggunakan medium Microsoft Teams dan disiarkan secara langsung dalam Youtube mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pihak ibu bapa dan guru.
Sesi Bergambar di Microsot Teams
Disebabkan pandemik Covid-19 yang belum berakhir, kaedah ini adalah salah satu cara terbaik untuk mengadakan mesyuarat kerana kedua-dua belah pihak masih lagi boleh berkomunikasi secara dua hala seperti mana kaedah mesyuarat biasa. Ruang soalan dan jawapan secara lisan, bersemuka menggunakan kamera dan ruangan chat membolehkan mesyuarat berjalan berjalan lancar.
Semuanya boleh dilakukan dengan medium-medium dalam talian seperti Microsoft Teams, Zoom, Google Meet, Skype, Webex dan lain-lain lagi. Inilah normal baharu yang perlu dilalui dan lama-kelamaan ia bukan lagi baharu, malah menjadi budaya.
Alhamdulillah, dengan kerjasama semua pihak mesyuarat ini dapat dilangsungkan dengan begitu lancar dan semua yang terlibat berpuas hati dengan pelaksanaannya.
Kenangan mesyuarat di alam maya:
Comments
Post a Comment