Siri 2: Beban kerja guru: Kerja Berpasukan adalah sunnah Nabi SAW

Sambungan daripada Siri 1, untuk mencari rakan sepasukan yang benar-benar satu kepala adalah satu usaha yang sukar. Lagipun, jika rakan sepasukan kita satu kepala, kepelbagaian idea tidak dapat dijana. Untuk kerja berpasukan, rakan lain-lain kepala lah yang kita perlukan untuk menjadi pengimbang dalam urusan kerja

Tetapi saya tidak nafikan, rakan sekepala memang diperlukan untuk menjadi sahabat baik yang bersama kita ketika susah senang pahit manis. Tetapi dalam tugas profesional, teman bersilih ganti dan kita perlu cepat menyesuaikan diri.

Ambil saja sirah nabi sebagai panduan di mana kerja berpasukan Nabi SAW yang bermula dengan kelompok kecil iaitu hanya Khadijah RA sahaja yang menjadi sumber motivasi pada awal penerimaan wahyu, lama kelamaan usaha mencari rakan sepasukan yg ramai sangat sukar pada awalnya. Sepanjang 3 tahun baginda menjalankan usaha dakwah secara sembunyi-sembunyi dengan sedikit keanggotaan sahabat2 besar baginda seperti Saidina Abu Bakar dan Saidina Uthman (walaupun sedikit tetapi berkualiti). 

3 tahun bukan jangka masa yang singkat, kerana kerja dakwah dilakukan siang dan malam tanpa henti. Akhirnya selepas 3 tahun usaha tanpa jemu, mereka benar-benar bersedia dan Allah telah persiapkan mereka dengan didikan akidah dan perisai ketabahan untuk menjalankan usaha dakwah yang lebih mencabar iaitu dakwah secara terang-terangan.

Apa yang saya cuba sampaikan di sini ialah pentingnya kerja berpasukan berbanding kerja sendirian. Perlu sedikit masa untuk mencari rakan yang betul-betul sesuai dengan misi dan visi kita. Namun, bila bercakap soal kerja berpasukan, misi dan visi peribadi kadangkala perlu dikesampingkan kerana yang lebih penting adalah pasukan, bukan lagi soal individu. 

Teruskan mencari rakan yang sesuai, jika belum berjumpa lagi, rakan-rakan di sekeliling yang ada juga ada untuk kita selalu berkolaborasi kerana masing-masing punya kelebihan, kepakaran dan kita saling memerlukan di antara satu sama lain. 


Comments