Microsoft Forms: Kenapa ia sesuai untuk peperiksaan dalam talian?

Mesti ramai guru yang sedang memikirkan bagaimana cara terbaik untuk membuat peperiksaan secara dalam talian memandangkan sesi persekolahan hampir sampai ke penghujungnya? Peperiksaan masih perlu berjalan walaupun pelajar dan guru duduk di rumah. Microsoft Forms mungkin boleh menjadi salah satu pilihan terbaik untuk para guru melaksanakan peperiksaan secara dalam talian.

Kenapa Microsoft Forms? Jawapan saya adalah kerana ia mudah. Mudah dipelajari bagi golongan pemula dan juga mudah dikendalikan. Saya sediakan 10 sebab di sini kenapa Microsoft Forms adalah pilihan terbaik peperiksaan secara dalam talian pada ketika musim PDPR ini. 

  • Percuma

Komuniti pendidik di Malaysia sama ada di sekolah, MRSM, IPTA dan institusi-institusi pendidikan yang lain telah disediakan dengan akaun Office 365. Microsoft Forms adalah sebahagian daripada aplikasi-aplikasi yang ada dalam akaun tersebut. Begitu juga dengan para pelajarnya. 
  • Mudah dikendalikan
Jika anda sudah biasa dengan platform berbentuk kuiz seperti Kahoot, Quizizz, Google Forms dan sebagainya pastinya anda mendapati aplikasi-aplikasi tersebut sangat menarik dan bermanfaat untuk guru dan pelajar. Begitu juga dengan Microsoft Forms. Ia menawarkan kaedah mudah dan menyediakan hanya fungsi-fungsi asas bagi mencipta borang kuiz, peperiksaan atau mengumpul survey. Justeru, anda akan dapati, Microsoft Forms tidak mengandungi terlalu banyak butang, tab dan fungsi kerana lebih memfokuskan kepada fungsi asas sahaja tetapi masih lengkap dengan keperluan peperiksaan termasuklah ciri-ciri keselamatan yang tinggi.
  • Design yang cantik dipandang mata
Microsoft Forms menawarkan pelbagai pilihan warna dan gaya latar belakang bagi borangnya sama ada untuk keperluan formal atau pun santai. Untuk tujuan peperiksaan dalam talian untuk pelajar sekolah, saya menggunakan tema yang santai dan tidak terlalu serius sebagai penghias borang supaya bagi mengurangkan tekanan pelajar ketika menjawab peperiksaan. 

  • Ciri keselamatan yang tinggi
Ketika menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran, saya biasanya akan melonggarkan sedikit ciri keselamatan borang dengan menetapkannnya kepada fungsi Anyone with the link can respond bagi memudahkan pelajar yang kebanyakannya baru mengenali Microsoft Forms dan Office 365. Lagipun, saya suka jika pautan kuiz tersebut dikongsikan dengan orang lain yang berminat untuk mencubanya. Untuk tujuan peperiksaan, saya akan menetapkan sekuritinya pada tahap yang tinggi menggunakan fungsi Only people in my organisation can respond bagi menjaga tahap keselamatan dan kerahsiaan borang peperiksaan tersebut. Apabila menggunakan fungsi ini, orang lain yang tidak mempunyai akaun atau emel sekolah, tidak boleh akses masuk kepada borang peperiksaan tersebut. 

  • Boleh menetapkan tarikh dan masa menjawab. 
Dalam Microsoft Forms, tarikh dan masa menjawab telah dipakejkan sekali tanpa perlu menggunakan extension dari luar. Peperiksaan sememangnya sangat sinonim dengan masa. Berdasarkan sedikit pengalaman dan tips daripada rakan-rakan yang menggunakan MS Forms sebagai platform peperiksaan, dinasihatkan supaya kita melebihkan sedikit masa untuk menjawab secara dalam talian kerana mengambil kira aspek masalah teknikal sesetengah pelajar. Sebagai contoh, jika masa menjawab satu jam, guru lebihkan sedikit masa sehingga 1 jam 30 minit (extra 30 minit) supaya pelajar yang menghadapi masalah talian internet lambat punya lebih masa untuk menjawab dan menghantar/submit borang peperiksaan mereka. 

  • Berintegrasi terus dalam Microsoft Teams, Excel dan Power Point
Jika rakan-rakan menggunakan ruangan Assigment dalam Microsoft Teams, Microsoft Forms dihubungkan terus kepada assignment pelajar melalui kuiz. Disebabkan itu, ia sangat mesra dengan Microsoft Teams dan merupakan aplikasi wajib ada yang disediakan di dalamnya. Apa yang lebih menarik, MS Forms kini telah dimasukkan ke dalam pakej MS Excel dan MS Power Point. Memang terbaik!

  • Boleh kongsikan dalam pelbagai bentuk pautan
Pautan yang disediakan dalam Microsoft Forms adalah berbentuk pautan untuk menjawab peperiksaan (pautan untuk pelajar iaitu share and collect responses), pautan untuk duplicate borang iaitu share as a template (sesiapa yang ada akaun Office 365, walaupun berlainan organisasi boleh duplicate borang daripada individu lain yang berlainan organisasi) serta pautan untuk berkolaborasi dalam mengedit borang yang sama iaitu share to collaborate. Bukan itu sahaja, bagi fungsi share and collect responses ada empat lagi pilihan menarik untuk berkongsi pautan sama ada melalui URL, QR code, Embed dan juga Email. Pilihan yang pelbagai dan menarik untuk dicuba bukan?
  • Boleh menanda terus di dalam borang
Microsoft Forms juga bukan sahaja mesra soalan objektif, tetapi juga sangat mesra bagi soalan-soalan subjektif berbentuk respons terhad mahu pun subjektif berbentuk esei. Pilihan menjawab dengan menetapkannya kepada fungsi long answer mampu menampung jawapan dalam bentuk karangan dalam ratusan perkataan. Bagi soalan objektif, seperti biasa Microsoft Forms mampu menanda dan memberikan markah secara automatik. Bagi soalan subjektif, guru perlu menanda dalam ruang komen dan ruang markah kosong yang disediakan. Jika anda ingin menandanya menggunakan pen digital, cuma perlu cetak dalam bentuk PDF atau dalam kertas (jika perlu) atau boleh juga cetak dalam fungsi One Note (tanpa kertas), menanda dengan pen digital kemudian hantarkan ke dalam Class Notebook. 


Comments