Modul Belajar Sendiri (ModBS): Paling sesuai untuk PdPR


Apa kata, kita gabungkan video pembelajaran, teks dan kuiz kemudian kumpulkan semuanya dalam satu platform. 


Banyak platform berteraskan kursus dan pensijilan secara dalam talian menggunakan asas yang sama bagi menguruskan pembelajaran secara kendiri. 


Antaranya, laman E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA), pembelajaran dalam talian Universiti Harvard https://online-learning.harvard.edu/ dan banyak lagi. 


Untuk tujuan yang sama, saya menyusun Modul Belajar Sendiri (ModBS) Pendidikan Islam, untuk kegunaan para pelajar, guru dan ibu bapa menggunakan platform Wakelet.


Ia sebuah platform pelbagai guna percuma yang menawarkan pengumpulan dan pengurusan pautan internet, media sosial, imej, teks, video dan lain-lain. Saya gunakan Wakelet sebagai platform pembelajaran kendiri dan bahan pembelajaran sepanjang PdPR Berlangsung.


Modul ini disusun berdasarkan silibus buku teks KSSM mengikut topik. Apa yang menarik, setiap satu topik dilengkapi dengan video pendek pembelajaran (sumber Youtube), petikan buku teks mengikut topik dan soalan kuiz mudah (jawapan disediakan) sebagai pengukuhan bagi sesi pembelajaran.


Modul ini boleh dikongsikan bersama  pelajar melalui fungsi Share. Boleh pilih untuk kongsikan seluruh modul atau pun satu topik sahaja.


Buat masa ini, Modul Belajar Sendiri (ModBS) untuk Tingkatan 5 dan Tingkatan 3 sahaja yang sudah lengkap. Sila klik link berikut: 


ModBS Pendidikan Islam Ting. 5: https://wakelet.com/@pendidikanislamtingkatan5

ModBS Pendidikan Islam Ting. 3: https://wakelet.com/@pendidikanislamtingkatan3


Rujuk penerangan bergambar di bawah tentang modul ini. Semoga bermanfaat😊








Comments