Alhamdulillah, pada 3 Februari 2021, saya berpeluang berkongsi tentang Pengenalan Asas Microsoft Teams kepada para kakitangan MARA dalam siri Webinar yang dianjurkan oleh pihak MARA Excellence Centre. Webinar kali ini sangat menarik kerana penyertaannya adalah dalam kalangan staf pentadbiran pejabat. Kebiasaannya, kami kongsikan tentang Microsoft Teams bersama para pendidik.
Lebih istimewa lagi, dalam webinar ini saya telah berkolaborasi bersama Puan Wan Juliana dari Bahagian Pendidikan Menengah, MARA (Guru saya dalam bidang teknologi pendidikan) dan juga Cikgu Shamimi dari MRSM Bentong yang merupakan pakar rujuk dalam Microsoft Teams dan aplikasi Office 365.
Sesi rehearsel bersama orang kuat webinar |
Sehari sebelum webinar berlangsung, kami menjalankan rehearsel sebagai persediaan untuk memastikan kelancaran pada hari berlangsungnya webinar. Aspek utama yang diuji adalah pautan, cuba berkongsi skrin, kelancaran talian internet dan juga sepintas lalu penerangan secara ringkas bagaimana pembentangan akan dilakukan serta cadangan penambahbaikan bentuk penyampaian.
Di samping itu, dapat lah kami bertanya khabar antara satu sama lain setelah lama tidak berjumpa. Webinar ini dikendalikan oleh Encik Abu Bakar yang lebih dikenali sebagai Encik Burn dalam kalangan warga MARA, juga dibantu oleh Encik Helmi, Encik Hafizuddin dan lain-lain dari MARA Excellence Centre. Mereka ini adalah tulang belakang bagi penganjuran latihan, kursus dan bengkel untuk warga MARA. Tahun ini mereka pastinya akan sibuk dengan penganjuran kursus secara dalam talian memandangkan pandemik Covid-19 yang masih belum reda lagi.
Webinar disertai oleh staf pentadbiran MARA |
Tempoh 2 jam yang disertai oleh hampir 200 orang kakitangan MARA bahagian pentadbiran pejabat sebenarnya tidak mencukupi untuk mempelajari Microsoft Teams secara sepenuhnya. Tetapi untuk tujuan asas dan pendedahan awal, tempoh masa tersebut amat sesuai. Siri webinar ini dijalankan selama 3 hari iaitu pada hari pertama peserta didedahkan dengan pengetahuan asas mengenai Onedrive dan Outlook, hari kedua tentang Microsoft Teams dan hari ketiga mengenai Microsoft Forms oleh kumpulan penceramah dan fasilitator dari MARA Digital Learning yang terdiri daripada Microsoft Innovative Educator Expert (MIEE) dalam kalangan pendidik MARA.
Alhamdulillah, sesi webinar berjalan dengan lancar dan mendapat respon yang sangat baik daripada para peserta walaupun kebanyakan daripada mereka belum pernah menggunakan MS Teams sebagai ruang kolaborasi. Kebanyakannya sudah biasa menggunakannya sebagai platform komunikasi seperti sidang video, seperti kursus. Tetapi kali ini, kami dapat berkongsi bagaimana menjadi penganjur dan mencipta sidang video pula dan mencipta ruang kolaborasi untuk menguruskan kerja-kerja pentadbiran.
Lampiran:
Sila klik untuk menonton Rakaman Webinar atau beberapa siri tutorial ringkas melalui saluran Youtube Cikgu dan inovasi
Sila klik untuk mendapatkan nota webinar Nota dan pembentangan
Comments
Post a Comment