Menang t-shirt Prezi dan hadiah daripada Microsoft Malaysia

 Seminggu sebelum berpuasa Ramadhan, alhamdulillah mendapat perkhabaran gembira daripada abang-abang kurier. T-shirt Prezi yang diposkan daripada ibu pejabat Prezi di Orlando, Florida telah selamat sampai. T-shirt begitu cantik, muat elok dan semestinya percuma hasil video PdPR yang saya buat melalui fungsi video Prezi. 

Seterusnya, ingatan tulus ikhlas daripada pihak Microsoft Malaysia berupa headphone Sony yang sangat bergaya. Dah lama tak pakai headphone, sekali pakai tak mau lepas.hehe. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Microsoft Malaysia melalui Puan Fairuz Zainal juga kakitangan Microsoft serta pihak Prezi untuk kedua-dua hadiah yang pastinya menyuntik motivasi cikgudaninovasi untuk terus aktif bergiat dalam teknologi pendidikan.

Jom serta komuniti Microsoft Innovative Educator dan menjadi Prezi Educator bagi mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran serta mendalami ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi pendidikan.

Comments