Pada 24 Mei 2020, saya dapat berkongsi tentang tips-tips kecemerlangan bagi subjek Pendidikan Islam kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4, MRSM Tun Mustapha, Tawau, Sabah. Sesi ini adalah sebahagian daripada pengisian dalam Siri Webinar Didik TMT Tingkatan 4 anjuran MRSM Tun Mustapha, Tawau, Sabah.
Dalam sesi ini, kami memfokuskan kepada review tentang format baru KSSM dalam silibus Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, perbandingan format KSSM dan KBSM, kaedah menjawab soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, tips-tips ekspres pembelajaran dan lain-lain.
Ustaz Syukri bertindak sebagai moderator webinar |
Webinar 2 jam ini dilangsungkan menggunakan Google Meet sebagai medium utama dan dihadiri oleh pelajar-pelajar Tingkatan 4 MRSM TMT dan beberapa orang pendidik MRSM. Sehari sebelum webinar berlangsung, kami melangsungkan rehearsel bagi memastikan sesi sebenar berjalan lancar.
Sepanjang menyampaikan ceramah, kami merancang beberapa aktiviti menarik untuk dilakukan oleh para peserta webinar seperti sesi menyegarkan minda menggunakan Mentimeter, sesi praktikal menjawab soalan KBAT, kuiz pengukuhan melalui platform Quizizz dan juga soal jawab.
Saya dapat melihat para peserta begitu bersemangat sekali dan telah biasa melalui sesi pembelajaran PdPR. Pada pendapat saya, program Webinar Didik TMT yang melibatkan subjek-subjek pembelajaran dan diadakan khas untuk para pelajar Tingkatan 4 mampu memberikan motivasi tinggi dan impak besar kepada para pelajar. Persediaan awal untuk SPM seperti ini pasti akan membuahkan hasil.
Menguji 'Set DJ' (condensor mic) baru MRSM Balik Pulau dalam webinar |
Video klip pembentangan
Tahniah kepada pihak penganjur atas inisiatif yang diambil bagi melangsungkan siri webinar yang amat bermanfaat ini. Semoga kita bertemu lagi pada masa akan datang.
Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Hazmi Saari, pendidik dari MRSM Kota Kinabalu dan juga Ustaz Mohd Romei Ngah, pendidik di MRSM Balik Pulau yang sangat berpengalaman dalam penandaan Kertas Peperiksaan Pendidikan Islam SPM. Mereka berdua menjadi rujukan saya bagi tips menjawab dan teknik penandaan.
Comments
Post a Comment