Artikel kami di Berita E-Pendidik MARA

  Jemput baca perkongsian saya mengenai Bagaimana Mengurus Kebanjiran Maklumat Rasmi daripada WhatsApp kepada Wakelet kepada warga pendidik yang disiarkan dalam majalah e-Berita Pendidik MARA Edisi Mei 2021 di pautan ini  Berita E-Pendidik MARA (muka surat 28-29).



Projek penulisan ini adalah hasil kerjasama saya bersama Cikgu Arif Zakwan Ash'ari dari MRSM Johor Bahru yang merupakan antara pengguna terawal aplikasi Wakelet di Malaysia yang aktif menjalankan projek-projek PAK-21. Kami berdua merupakan Wakelet Ambassador. 


Artikel saya mengenai Wakelet dengan tutorial penggunaan (ms 28-29)

Dalam projek ini kami berusaha untuk memperkenalkan aplikasi Wakelet sebagai satu aplikasi yang dapat digunakan sebagai medium untuk menyusun dokumen kerja supaya menjadi lebih sistematik dan inovatif.


Penulisan Cikgu Arif tentang kehebatan Wakelet (ms 30-31)


Pada muka surat 26-28 (artikel Digitalisasi dalam Inovasi: Hikmah dalam Musibah) hasil penulisan sahabat Jurulatih Inovasi MARA kami, Puan Nor Bazlinda binti Kamaruddin dari KPM Sri Iskandar ada juga dinyatakan bagaimana kami menggunakan Wakelet sebagai antara medium kolaboratif dalam menyiapkan tugasan dalam Kursus Jurulatih Inovasi MARA yang berlangsung tempoh hari. Secara kebetulan pula, kami bertiga adalah Jurulatih Inovasi MARA bagi tahun 2021 dan artikel kami diterbitkan dalam edisi yang sama😀

Artikel Puan Nor Bazlinda

Kepada mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Wakelet, anda semua dialu-alukan untuk menyertai komuniti Wakelet Malaysia yang telah mencecah lebih 2000 keahlian percuma dengan melayari kami di Facebook Wakelet Malaysia




Komuniti ini ditadbir oleh barisan Wakelet Ambassador yang merupakan ikon-ikon teknologi pendidikan seperti Cikgu Yu Kok Hui, Cikgu Mohd Azrul Mustapha, Cikgu Goh Kok Ming, Cikgu Adnin Azmi, Cikgu Mohd Hafiz Mohd Yassin, Cikgu Arif Zakwan, Cikgu Fadzli Ishak dan ramai lagi. Sebahagian daripada mereka adalah pemenang-pemenang bagi beberapa program pendidikan seperti Cikgu Juara Digital, Microsoft E2 dan lain-lain pertandingan berprestij di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 


Terdapat pelbagai tips, maklumat, info, perkongsian, webinar, pertandingan, program peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang telah, sedang dan akan dilaksanakan dalam komuniti ini. Jom gunakan Wakelet😊



Comments