Pada 10 Jun 2021, satu sesi perjumpaan secara maya telah diadakan dalam kalangan pemenang Top 30, Cikgu Juara Digital 2021 yang dianjurkan oleh MDEC. Pertemuan ini dijalankan menggunakan Microsoft Teams.
Pertemuan ini diadakan antara lain bagi menerangkan secara lebih lanjut bagaimana Top 30 CJD ini boleh membantu dalam menyebarluaskan pembudayaan teknologi pendidikan digital dalam kalangan warga pendidik di samping bersuai kenal di antara satu sama lain.
Sesi taklimat CJD oleh Encik Johan dari MDEC |
|
Sesi memperkenalkan diri ini sangat berbaloi kerana kita dapat mengetahui latar belakang masing-masing yang sememangnya pakar dan hebat dalam pengamalan digital bidang pendidikan.
Sudah mula nampak jaringan dan bentuk kerjasama yang boleh dibina. Selepas sesi mengenali satu sama lain, tiba giliran Encik Johan memberikan taklimat terperinci tentang program CJD ini.
Menurutnya, setakat ini CJD sudah berlangsung sebanyak tiga 3 kali. Pada tahun 2019, CJD terpilih adalah seramai 5 orang. Manakala pada 2020, CJD seramai 21 orang. (Top 5 & Top 16). Tahun 2021, dipertingkatkan lagi dengan 30 orang CJD (Top 30/Top 1).
Sesi 2021, menyaksikan lebih 200 penyertaan, dan para pemenang disaring oleh barisan juri yang terdiri daripada pihak industri, KPM dan lain-lain berdasarkan kriteria dan rubrik tertentu.
MDEC menyasarkan seramai 500 orang CJD secara keseluruhannya bagi memantapkan pembudayaan teknologi digital dalam kalangan masyarakat.
CJD dipilih dari seluruh negara dengan setakat ini sekurang-kurangnya seorang CJD bagi sesebuah negeri dan akan bertambah lagi pada masa akan datang. Program ini adalah selaras dengan RMK.
Para pendidik yang dilantik sebagai CJD dijadualkan melalui beberapa sesi kursus berkaitan teknologi pendidikan, IR 4.0, Design Thinking dan pelbagai lagi ilmu untuk memantapkan diri mereka dalam tempoh 6 bulan.
Pelbagai lagi program yang dirangka untuk CJD sebagai misalnya program attachment kerjasama dengan pihak industri, program kerjasama dengan universiti antarabangsa dari luar negara, sesi latihan kepada para pendidik di seluruh negara yang dikendalikan oleh CJD selepas tamat kursus dan lain-lain lagi.
CJD juga bakal menerima sijil penghargaan dan hadiah sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada mereka. Apa yang lebih utama dan berharga adalah kursus-kursus yang disediakan oleh pihak MDEC kepada CJD.
Ia kursus yang sangat bermanfaat dan profesional, yang jika diambil secara individu pasti memerlukan ribuan ringgit untuk menyertainya. Tetapi dengan adanya program CJD ini, para pendidik yang terpilih mendapat hadiah ilmu melalui kursus dengan ditaja oleh agensi kerajaan MDEC.
Terima kasih pihak MDEC atas penganjuran program yang sangat bermanfaat ini. Para pendidik di negara ini perlu merebut peluang cuba lagi bersaing dalam program CJD ini pada tahun hadapan.
Program tahunan ini dapat meningkatkan martabat dan profesionalisme pendidik di negara ini seterusnya dapat melahirkan generasi pelajar yang mantap, celik digital dan bersedia menghadapi masa hadapan yang serba mencabar.
Comments
Post a Comment