Hadiah sebagai Ambassador

 


Bulan ini rasa begitu teruja apabila menerima beberapa cenderahati daripada platform pendidikan Flipgrid dan Wakelet.Seronok menjadi Ambassador kepada platform ini kerana telah beberapa kali menerima swag eksklusif, diposkan dari Amerika (Flipgrid) dan United Kingdom (Wakelet).

Baru-baru ini saya menerima cenderahati sehelai tshirt hitam dengan tulisan yang cantik, poskad dan beberapa stickers dari Wakelet. Flipgrid pula mengirimkan poskad serta stickers tanda ingatan.

Beberapa bulan sebelum itu, Flipgrid mengirimkan sepasang kaca mata hitam yang begitu style sekali. Sebelum ini juga pernah menerima tshirt, lanyat juga stickers daripada Flipgrid ketika mula-mula menjadi ambassador bagi aplikasi berkenaan.

Jemputan ke Flipgrid Live melalui poskad

Semua cenderahati ini menjadi koleksi dan pencetus motivasi untuk saya terus mengaplikasikan teknologi dalam kerjaya sebagai seorang pendidik.

Yang lebih utama adalah, apabila terlibat secara aktif dalam aplikasi seperti ini, saya dipertemukan dengan pendidik dari seluruh dunia. 

Mereka suka berkongsi tentang aktiviti  bersama pelajar yang boleh saya jadikan contoh atau ikutan untuk digunakan bersama pelajar saya terutamanya dalam era teknologi dan Pembelajaran Abad Ke-21 ini.

Para pendidik yang berminat, jom kita aktif dalam penggunaan apa sahaja aplikasi yang bermanfaat untuk kerjaya dan pelajar kita. Mungkin kita tak sehebat Ronaldo atau Messi untuk menjadi duta produk, tapi kita boleh jadi duta kepada macam-macam aplikasi pendidikan di seluruh dunia dan ianya percuma😁



Comments