Seminar Mumtaz SPM 2022: Pendidikan Islam, MRSM Kota Putra






 Alhamdulillah dapat berkongsi sedikit pengetahuan yang ada bersama para pelajar dan pendidik di MRSM Kota Putra, Terengganu. Pelajar yang terlibat adalah dalam kalangan Tingkatan 4. Apa yang menarik, mereka menghadapi SPM pada tahun 2022 (tahun depan) tetapi bersemangat mengikuti seminar seperti mana calon SPM semasa. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar Ulul Albab MRSM Kota Putra.

Program dimulakan dengan ucapan Ustazah Izzah, Penyelaras Tingkatan 4 dan kata-kata aluan daripada pengerusi majlis dan bacaan doa oleh pelajar. Dalam bengkel ini, saya kongsikan tentang format baru KSSM dan mendedahkan sedikit sebanyak tentang teknik menjawab KBAT. Ini adalah kali pertama, pelajar-pelajar di sekolah tersebut mengambil subjek Pendidikan Islam kerana batch sebelum ini mengambil mata pelajaran Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah. 

Saya menekankan tentang betapa mudahnya subjek Pendidikan Islam dan subjek ini antara subjek paling mudah untuk pelajar skor A (A+/A/A-). Perkongsian berjalan dengan lancar, kami mengadakan interaksi melalui ruang chat, platform Mentimeter, Quizizz dan Microsoft Forms. 

Semoga program ini dapat memberikan kefahaman yang lebih mendalam tentang format baru KSSM kepada para pelajar seterusnya menyumbang sedikit sebanyak kepada momentum untuk para pelajar cemerlang dalam subjek Pendidikan Islam. 

Comments