Di sebalik tabir PLC Computational Thinking Zon Utara



Alhamdulillah dapat berkongsi dengan khalayak pendidik terutamanya dari negeri-negeri di Zon Utara tentang Computational Thinking. Program PLC anjuran bersama MDEC #mydigitalmaker dan Cikgu Juara Digital Zon Utara ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para pendidik tentang kepentingan Computational Thinking yang boleh digunakan sebagai alat untuk menyelesaikan masalah dalam proses PDP dan juga kehidupan seharian. 

Program ini dikendalikan menggunakan platform Streamyard dan dipancarkan secara langsung menggunakan saluran Youtube #CikguJuaraDigital. Cikgu Ridzuan bertindak sebagai streamer sekaligus menjadi moderator bagi program ini. Cikgu Azrul pula bertindak sebagai jawatankuasa teknikal dan reka letak poster, Cikgu Subaidah pula mengendalikan sesi kuiz dan rumusan manakala Cikgu Juara Digital yang lain (Cikgu Julie, Cikgu Siti, Cikgu Aizat, Cikgu Khairil, Cikgu Hailmi, Cikgu Faisal) bertindak sebagai tenaga penceramah. 

Sebelum ini kami telah berkursus selama beberapa hari untuk mendalami tentang Computational Thinking dalam siri kursus anjuran MDEC dengan Puan Elenor Cheah bertindak sebagai tenaga pengajar yang melatih kami banyak perkara menarik dan praktikal tentang Computational Thinking. 

Banyak pengalaman menarik yang kami perolehi sepanjang penganjuran program ini. Gabungan kepakaran dan tenaga oleh Cikgu Juara Digital Zon Utara memungkinkan program ini dapat dianjurkan dengan lancar. Saya berasa amat kagum dengan kesungguhan semua pihak lebih-lebih lagi para peserta yang begitu bersemangat sekali sepanjang berlangsungnya program. Keterlibatan Encik Johan dan Cik Fatin Ainaa dari MDEC juga menjadi nadi penganjuran siri PLC Computational Thinking yang bukan sahaja diadakan di zon utara, tetapi di semua zon dan digerakkan oleh tiga batch Cikgu Juara Digital dari seluruh negara.

Saya mengendalikan sesi kaedah Abstraction
dalam Computational Thinking

Contoh Kaedah Abstraction dalam kehidupan seharian

Ikuti rakaman program di saluran Youtube berikut:

Comments