Webinar Syoknya Pendidikan Islam SPM KSSM anjuran MARA

Siri webinar SKOR A+ SPM Pendidikan Islam anjuran Unit Sains Sosial, Bahagian Pendidikan Menengah, MARA dengan fokus tajuk Syoknya Belajar Pendidikan Islam ini bertujuan memberikan panduan kepada pelajar bagaimana teknik mengulangkaji yang berkesan dan mendedahkan tentang betapa mudahnya subjek ini sehingga membolehkan pelajar skor A+.

Dalam webinar yang berlangsung pada 15 Oktober 2021 selama 2 jam ini dimulakan dengan menunjukkan perbandingan silibus KBSM dan KSSM. Saya katakan kepada pelajar, silibus KSSM telah dikurangkan lebih separuh daripada silibus KBSM. Sebab itu, pelajar perlu merebut peluang mendapatkan A+ dalam subjek ini.

Buku teks KSSM lebih ringkas, lebih sedikit muka surat malah lebih menarik penampilannya dengan dipenuhi gambar, grafik dan muka surat berwarna.

Selain itu,  dikongsikan juga beberapa teknik dan formula membuat nota pembelajaran. Antara teknik yang dikongsikan adalah adalah kaedah definisi abjad, perbandingan, mnemonik, susun kad imbasan, "inspired by the true story" dan lain-lain lagi. Ada di antara peserta yang menitipkan komen kenapa lah dia tidak mengetahui teknik seperti ini lebih awal. Saya memberikan respon positif bahawa semuanya belum terlambat dan masih sempat lagi untuk mengaplikasi teknik seperti ini lebih-lebih lagi SPM akan dilaksanakan pada tahun depan😊

Alat untuk menyelesaikan masalah pembelajaran Pendidikan Islam


Kaedah "Inspired by the true story 1" 

Kaedah "Inspired by the true story 2" 

Pada penghujung sesi, saya sempat memberikan taklimat ringkas tentang penggunaan Modul Belajar Sendiri KENDIRI Online yang saya susun menggunakan platform Wakelet bagi tujuan memudahkan ulangkaji subjek Pendidikan Islam secara kendiri. Modul ini boleh diakses secara percuma dan mengandungi pautan video pembelajaran Youtube dan Tiktok, petikan buku teks secara topikal serta menyediakan kuiz bagi setiap tajuk pembelajaran. 

Terima kasih Ustaz Wan Marzuki, Ketua Penolong Pengarah Pendidikan Islam dari Bahagian Pendidikan Menengah MARA selaku moderator dan jawatankuasa siri program Skor A+ ini. Tidak lupa juga kepada para guru dan pelajar dari MRSM Se-Malaysia serta peserta yang sudi mengikuti webinar ini. Semoga mendapat manfaat.

Boleh ikuti rakaman webinar ini di pautan https://youtu.be/vCXovownzlU di saluran Cikgu dan Inovasi.

Comments