Hari kedua Kursus Design Thinking anjuran MDEC

Setelah diperkenalkan dengan struktur asas Design Thinking, Dr. Ming membawa para peserta melihat dengan lebih mendalam lagi tentang bagaimana menggunakan DT bagi menyelesaikan masalah secara lebih mendalam. 

Peringkat Emphatize

Jika hari pertama, para peserta dilatih bagaimana mengendalikan sesi temubual sebagai sebahagian daripada proses Emphatize, awal pagi untuk hari kedua dimulakan dengan bagaimana kita memproses dapatan daripada sesi temubual tersebut. 

Method membina soalan temubual

Peringkat Define

Define adalah peringkat di mana kita mengenal pasti masalah. Kaedah menyaring maklumat yang sesuai digunakan ialah menggabungkan User Journey Map, User Persona, POV (Point of View) dan HMW (How Minght We). Penggunaan ketiga-tiga tools ini amat penting bagi mendapatkan maklumat secara mendalam (insight) agar kita benar-benar dapat mengenali masalah sebenar seterusnya dapat membina solusi tepat. 

Terdapat pelbagai kaedah dalam mencari POV. Antara yang dikongsikan ialah dengan menggunakan (user, action, insight). Sebagai contoh, kita boleh membina ayat yang menjurus kepada POV seperti:

Guru (USER) yang mengajar secara dalam talian PERLU menyimpan dan mengakses eviden pelajar secara efisyen (ACTION) KERANA kaedah dalam talian pada masa kini menjadikan guru sukar mengurus eviden secara sistematik (INSIGHT).

Kaedah mendapatkan POV

Selepas mendapat POV, kita gunakan kaedah HMW (How Might We). Tanyakan soalan-soalan berbentuk HMW (dalam kursus ini kami disarankan menyenaraikan 4 soalan HMW) tentang bagaimana kita boleh menyelesaikan masalah dalam POV tadi. Para peserta menyenaraikan soalan-soalan berkaitan HMW dalam ruangan chat di Google Meet, kemudian 4 contoh soalan dipilih berdasarkan kesesuaian dan kemampuan kita sebagai penyelesai masalah (Designer). Apabila berurusan dengan DT, kita perlu menempatkan diri kita sendiri sebagai seorang Designer.

Peringkat Ideate

Setelah melalui proses Define, kita melangkah ke peringkat Ideate. Cara paling mudah melaksanakan Ideate adalah melalui kaedah Brainstorming. Sesi Brainstorming dilaksanakan dengan begitu meriah sekali kerana pada peringkat ini, para peserta kelihatan berlumba-lumba untuk mencadangkan idea masing-masing dalam menyelesaikan masalah penyimpanan eviden tadi. Ia dilaksanakan menggunakan fungsi Jamboard dalam Google Meet. Mengapa sesi Brainstorming begitu rancak sekali? Hal ini kerana, Dr Ming mengingatkan antara peraturan utama Brainstorming adalah tiada pendapat yang betul atau salah dan Brainstorming sangat menggalakkan idea 'gila' (wild ideas) supaya pemikiran kita tidak tersekat.

Sesi Brainstorm menggunakan Sticky Notes (Kolaboratif)

Setelah hampir 50 idea dikumpulkan menggunakan sticky notes di ruang Jamboard, kita perlu menapis semua idea yang ada dengan membahagikannya mengikut kategori. Jika terdapat idea yang sama, hanya ambil satu idea saja dan idea satu lagi letak di tepi. Setelah proses tapisan dijalankan dengan pembahagian mengikut kategori, barulah idea tersebut nampak tersusun dan kita menyedari kaedah mana yang paling sesuai sebagai keutamaan. Bagi memudahkan proses, para peserta dikehendaki mengundi kaedah yang terbaik. Idea yang paling banyak mendapat undian akan dipilih untuk dibincangkan untuk ke peringkat seterusnya iaitu Prototype. Kita juga boleh menggunakan kaedah SCAMPER dalam mencari penyelesaian. 

Kaedah SCAMPER di peringkat Ideate

Peringkat Prototype

Antara syarat utama untuk menjalani proses Prototype adalah MVP (Minimum Viable Product). MVP bermaksud produk wujud yang boleh digunakan dan mempunyai sekurang-kurangnya fungsi asas yang boleh difahami oleh pengguna. Sebagai contoh, jika kita ingin menghasilkan aplikasi telefon, tidak semestinya aplikasi yang berfungsi dalam telefon sebenar. Jika fungsinya boleh ditunjukkan melalui lakaran, diagram atau storyboard sudah mencukupi dalam memenuhi MVP

Ciri minimum prototaip MVP

Peringkat Test

Setelah prototype siap, ia perlu menjalani peringkat Test. Prospek pengguna adalah sebagai kelompok yang paling sesuai untuk menguji prototype tersebut. Antara garis panduan Test ialah membiarkan pengguna membuat bandingbeza dengan produk alternatif, Show don't tell (biarkan pengguna menjalankan fungsi produk dengan tunjukcara paling minimum atau tanpa langsung, biarkan prototype 'bercakap' dengan sendiri. Selain itu, cerapan (observe) perlu dilakukan dengan memerhati sama ada pengguna selesa atau menghadapi sebarang masalah seperti keliru dan lain-lain. Jangan lupa mendapatkan maklum balas dalam peringkat ini supaya kita dapat menambahbaik segala kekurangan yang ada. 

Dapatkan maklumbalas pengguna ketika sesi Test

Kesimpulan

Design Thinking bukanlah satu kaedah menyelesaikan masalah yang bersifat linear iaitu mesti mengikut tertib atau berturutan malah ia bersifat fleksibel dan boleh bergerak dalam mana-mana 5 peringkat  E.D.I.P.T. Design Thinking adalah proses yang bersifat human/user centric dan mempunyai ciri-ciri seperti kolaboratif, optimistik dan bermain dengan eksperimen (experimental). Dalam bidang pendidikan, DT boleh digunakan untuk membangunkan kurikulum, membina suasana pembelajaran, program sekolah, sistem, polisi dan lain-lain. 

DT tidak bersifat linear, ia adalah proses ulang-alik


Comments