Pada 25 Februari 2021, program Microsoft Teachers' Appreciation Night telah diadakan sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada warga pendidik (Microsoft Innovative Educator Expert) di Malaysia atas usaha tanpa jemu mereka memartabatkan bidang pendidikan melalui pengaplikasian teknologi digital terutamanya.
Program yang diuruskan oleh Microsoft Global Training Partner iaitu Fedelis Sdn Bhd ini begitu meriah sekali dengan tema Rockstar/Popstar.
Program kerjasama di antara Microsoft, Kementerian Pendidikan Malaysia dan MARA ini begitu bermakna sekali kerana ia dapat memberikan suntikan motivasi kepada para pendidik untuk terus memperjuangkan agenda membudayakan literasi digital.
Bukan itu sahaja, kami para pendidik dapat sama-sama berkenalan di antara satu sama lain seterusnya dapat membentuk kerjasama yang erat pada masa akan datang bagi memajukan anak-anak didik.
Kami juga dapat bersua muka dengan rakan-rakan yang sebelum ini hanya dikenali di alam maya sahaja. Program sebegini sesungguhnya dapat membina hubungan silaturahim dan menjadi pemangkin kepada bidang pendidikan.
Antara individu yang baru pertama kali saya berjumpa tetapi sudah saling mengenali di alam maya ialah Cikgu Yu Kok Hui (Pengasas, Cikgu Get Certified & Wakelet Ambassador) dan Puan Umaimah Mohd Idris, Wakelet Ambassador yang juga tenaga pengajar di IPG, Ipoh serta beberapa orang lagi. Walaupun baru pertama kali berjumpa secara berdepan, keakraban terasa begitu menebal sekali😊
Bersama pendidik hebat Wakelet Ambassador Dari kiri: Kak Umai, Positive Shee (nama FB😊), Nad Zulkifli, Fadzli Ishak, Faisal, Yu Kok Hui |
Kami Cikgu Juara Digital (CJD) |
Bersama Dr Maryam Sulaiman. Kami antara 5 orang MIEE dari MRSM Balik Pulau. Banyak ilmu saya dapat daripada orang penuh pengalaman macam beliau😊 |
Program dimulakan dengan sesi ucapan daripada pihak Microsoft, Kementerian Pendidikan Malaysia dan MARA. Selain dijamu dengan aneka pilihan makanan yang lazat dan istimewa, malam tersebut juga dimeriahkan dengan pelbagai acara penyampaian anugerah kepada Delima Microsoft Influencer, Microsoft Showcase School 2021/2022, pengumuman pemenang pertandingan video pendek My Favorite Microsoft Tools dan pakaian terbaik. Tahniah diucapkan kepada semua yang menerima anugerah.
Cikgu Yasir Mustafa dengan gitar Minecraft hasil kreativiti beliau. Ramai peminat ni sebab ada gaya Slash, Guns N' Roses😁 |
Tahniah MRSM Bentong yang terpilih sebagai Microsoft Showcase School Cohort 2021/2022 |
Apa yang lebih menarik, satu aktiviti berbentuk Treasure Hunt diadakan secara dalam talian sepenuhnya menggunakan Microsoft Sway dan diintegrasikan dengan Microsoft Forms.
Dalam acara Treasure Hunt ini kami dikehendaki menyelesaikan teka-teki dengan mencari kata kunci bagi mendapat klu-klu tersembunyi.
Kemudian diakhiri dengan sesiapa yang dapat menjawab paling pantas dan tepat soalan-soalan berkaitan Microsoft Tools akan memenangi acara tersebut. Siapa sangka aplikasi mudah seperti Microsoft Sway dapat digunakan dengan cara yang menarik seperti ini.
Sebahagian daripada MIEE MARA yang juga team admin MARA Digital Learning bersama Puan Wan Juliana@Kak Julie Dari kiri: Haizat, Andi, Azrul, Shamimi, Faisal, Kak Julie, Erwan, Arifah |
Photobooth juga disediakan untuk kami bergambar kenang-kenangan dengan diberikan cenderahati berbentuk gambar bercetak. Kami juga mengambil peluang bergambar di pintu gerbang yang dihias indah di pintu masuk.
Terdapat juga pameran Microsoft Surface untuk para pendidik mencubanya. Saya paling tertarik dengan Microsoft Surface Pro 8 yang didatangkan dengan pelbagai fungsi dan pembaharuan berbanding Surface sebelum ini.
Jika ada rezeki, saya berharap dapat memiliki Surface Pro 8 ini. Terima kasih Cikgu Ridzuan Al-Kindi (rakan Cikgu Juara Digital/pertama kali jumpa berdepan juga) yang memperkenalkan saya dengan Surface Pro 8 pada malam tersebut😁
Bersama Puan Fairuz Zainal, Learning Solution Specialist dari Microsoft Malaysia, antara tulang belakang program |
Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih antaranya kepada Puan Norshahida Zainal Abidin, Puan Fairuz Zainal, Encik Zulhilmi Ahmad dari Microsoft Malaysia atas penganjuran program yang amat bermakna ini. Juga kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Terima kasih juga kepada Puan Wan Juliana Wan Asharudin selaku MIEE Fellow yang sentiasa memberikan bimbingan kepada para MIEE terutamanya dari MARA. Begitu juga dengan Dr Azma Abdul Hamid yang sentiasa memberikan tunjuk ajar tentang ilmu Pembelajaran Abad-21 yang sangat penting pada masa kini.
Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat MIEE atas silaturahim yang terhubung sesama kita. Semoga program Microsoft Innovative Educator Expert ini menjadi wadah kecemerlangan dan pilihan oleh lebih ramai lagi warga pendidik di Malaysia.
Mohon maaf juga jika tidak sempat bertegur sapa dengan rakan-rakan MIEE yang hadir pada malam tersebut ekoran masing-masing memakai pelitup muka sampai tak perasan siapa di sebalik 'topeng misteri'😅.
Betul sangat, tak berapa kenal dengan pelitup muka..alhamdulillah seronok bersama dengan miee educators semua
ReplyDeletenorma baharu, masing2 nampak mata saja.hehe..seronok dapat berkenalan, insyaAllah akan ada macam2 lagi program lagi lepas ni Dr Maryam😀
Delete