Pertemuan pertama Cikgu Juara Digital bagi Sesi 2022

 



Dalam pertemuan kali ini, kami berjumpa lebih kurang 2 jam setengah bagi mebincangkan pelbagai perkara. Di antaranya, laporan sepanjang tahun 2021 yang telah dilaksanakan dalam program CJD yang dibentangkan oleh Cik Fatin Aina dan Encik Johan dari MDEC. banyak program menarik yang telah dijalankan terutamanya pelbagai siri kursus-kursus pendedahan terhadap teknologi digital dan pengetahuan PAK-21.

Paling istimewa ialah Kursus Computational Thinking yang dilaksakan secara besar-besaran di peringkat kebangsaan oleh CJD mengikut zon. Gabungan tenaga walaupun hanya mengenali secara dalam talian, dilaksanakan juga sepenuhnya dalam talian sangat lancar dan bermakna sekali. Ribuan guru mendapat manfaat daripada perkongsian CJD dalam kursus tersebut.

Paling mengujakan, tahun ini dalam perancangan akan diadakan pertemuan secara bersemuka bagi CJD buat pertama kali. 

Comments