Projek Minecraft Haji Umrah: Siap Fasa 1

 

Alhamdulillah...Projek Minecraft Haji Umrah bagi Fasa 1 telah berjaya disiapkan sempena cuti sekolah ini..Projek ini melibatkan 4 orang pelajar Tingkatan 3, MRSM Balik Pulau secara 'remote learning'.
Tahniah dan terima kasih kepada para pelajar terlibat yang rata-ratanya belum biasa menggunakan Minecraft Education Edition, ada yang baru pertama kali.
Tetapi dengan penuh komitmen yang padu dan kerjasama erat sesama mereka maka terhasillah 'world' ini. Ia bakal digunakan tidak lama lagi pada penggal hadapan oleh para pelajar Tingkatan 4, MRSM Balik Pulau.
Saya sebagai guru cuma berperanan membuka jalan dan memberikan sedikit tunjuk ajar sahaja. Pelajar-pelajar kita, jika diberikan peluang dan kepercayaan pasti tidak akan mengecewakan malah lebih daripada jangkaan kita😊

TAHNIAH buat Muhammad Danish Aiman Bin Mohd Sabri, Iman Insyirah Binti Sohaimi, Mohamad Haikal Bin Kamaruddin dan Muhammad Daniel Ezairy Bin Mohd Yusri atas kejayaan kalian.

Berikut merupakan beberapa hasil binaan bagi Fasa 1 oleh pelajar-pelajar terbabit.







Ada juga beberapa video menarik ketika proses pembinaan dijalankan:




Selepas ini kita akan melangkah ke Fasa 2 pula bagi melengkapkan lagi world yang telah dibina ini. Doakan untuk kami😀

Comments