Terpilih sebagai Minecraft Global Mentor


 Alhamdulillah, setelah menunggu selama beberapa bulan akhirnya saya mendapat emel yang membuatkan hati berbunga-bunga. Akhirnya, saya diterima sebagai Minecraft Global Mentor. Kohort kali ini berjumlah 150 orang pendidik dari 37 buah negara seluruh dunia. Antara peranan Global Mentor adalah menyebarluaskan lagi dengan berkongsi manfaat penggunaan Minecraft dalam bidang pendidikan. Ini adalah satu pencapaian di peringkat antarabangsa yang guru-guru boleh dapatkan. Kaedahnya secara ringkas, para guru perlu menjadi Minecraft Certified Teacher kemudian boleh lah memohon untuk menjadi Global Mentor dengan menjawab beberapa soalan dan membuat video ringkas dalam Flipgrid. 

Kenangan ketika berbengkel menghasilkan RPH Minecraft untuk
penggunaan guru-guru di Malaysia

Setelah melibatkan diri dengan Minecraft Education Edition, saya dapati banyak perkara menarik yang boleh diterapkan terutamanya kepada para pelajar. Saya juga banyak belajar daripada para pelajar terutamanya berkaitan aspek teknikal. Pelajar-pelajar memang sangat pakar dalam aspek melibatkan game ini, lebih-lebih lagi Minecraft adalah antara game paling popular di dunia.

Setiap kali saya melakukan survey, majoriti pelajar memang mempunyai pengalaman bermain game Minecraft. Hanya sedikit sahaja yang tidak pernah menggunakan Minecraft. Namun, apabila saya memperkenalkan kepada mereka Minecraft versi pendidikan rata-ratanya teruja kerana Minecraft Education Edition ada keunikannya sendiri berbanding versi yang mereka selalu gunakan.

Integrasi Minecraft dengan buku teks oleh pelajar 

Pertama, ada beberapa fungsi atau blok asas dalam inventori yang tiada dalam Minecraft versi game yang biasa pelajar gunakan. Versi pendidikan mempunyai blok-blok seperti board, signboard, NPC (karakter yang membantu menyebarkan maklumat berbentuk pautan di internet) dan lain-lain. Ia juga boleh diakses secara percuma sekurang-kurangnya 10 kali secara percuma bagi akaun sekolah milik pelajar. Manakala guru boleh akses 25 kali secara percuma. Sekiranya melebihi had penggunaan, pelajar atau guru boleh menghubungi pihak admin untuk mendapatkan akses lagi secara percuma. Contohnya, boleh akses lagi dengan menggunakan emel lain. 

Comments