Belajar pitching untuk pembentangan inovasi

 


Pada 1 Disember 2022, Cikgudaninovasi berpeluang berkongsi dengan pelajar Tingkatan 3, MRSM Balik Pulau tentang kaedah menyampaikan pembentangan inovasi atau pitching menggunakan teknik pitching script dan aplikasi kepada 7 Elements of DT Presentation. 

Program ini dikelolakan oleh Jawatankuasa Schoolwide Enrichment Model (SEM) Tingkatan 3, yang diketuai oleh Encik Mohd Yazri bin Ismail. Secara ringkasnya, SEM adalah satu program bersepadu bagi pembangunan potensi diri pelajar yang dilaksanakan di MRSM sejak tahun 1988 lagi. Dalam program ini, pelajar juga terlibat dengan pembangunan produk inovasi. 

Teknik ini Cikgudaninovasi pelajari daripada beberapa siri kursus Jurulatih Utama Inovasi MARA. Kami dilatih oleh Coach Megat Zainurul Anuar yang berpengalaman luas dalam bidang kejurulatihan inovasi dan keusahawanan.

Teknik ini juga telah kami (Jurulatih Utama Inovasi MARA/Jurulatih Inovasi MARA) sampaikan dalam siri-siri bengkel inovasi seperti Junior Innovation Lab, Youth Innovation Lab dan Staff Innovation Lab anjuran MARA yang diadakan di seluruh Malaysia sejak tahun 2018. 


Dalam masa lebih kurang 1 jam 15 minit, Cikgudaninovasi sempat kongsikan bagaimana menyusun isi dalam template pitching script berteraskan 7 elements of DT presentation yang berdurasi lebih kurang 3-5 minit.

Para pelajar mengisi ruang template pitching dengan maklumat mengenai projek inovasi kumpulan masing-masing kemudian beberapa kumpulan diberikan peluang bagi cuba menyampaikan pitching berdasarkan dalam masa 3-5 minit. 


Di samping belajar untuk lebih yakin ketika pembentangan, para pelajar juga dapat mengetahui bagaimana menjadi selektif dalam memilih maklumat yang penting dan kurang penting serta menyusun prioriti ketika membuat pembentangan.


InsyaAllah selepas ini, pelajar akan mula membina prototaip yang bercirikan high fidelity dan bersedia untuk ke peringkat lebih jauh lagi pada masa akan datang.

Comments