Menjadi juri di Innovation Exhibition Fair 2023, Kolej MARA Kulim


Pada 2 Januari 2023, Cikgudaninovasi berpeluang menjadi juri bagi pertandingan inovasi IEF 2023 anjuran Kolej MARA Kulim. Pertandingan peringkat kebangsaan ini disertai oleh 77 kumpulan inovasi pelajar dari seluruh Malaysia.

Barisan juri yang terdiri daripada para pensyarah dari UNIMAP, USM, UniKL dan MARA bergandingan dengan beberapa orang juri dari KM Kulim dalam kalangan pensyarah. 

Bersama Pengarah KMK Dr Nabilah dan Timb. Pengarah HEA KMK, Encik Azaki yang juga sahabat Jurulatih Inovasi MARA

Barisan juri yang diketuai oleh PM Dr Mohd Najmuddin dari UNIMAP

Penjurian dijalankan secara hibrid. Beberapa hari sebelum IEF berlangsung, penjurian dalam talian telah berlangsung. Kaedah ini sangat menarik kerana memberikan kelebihan kepada para peserta yang jauh serta bermasalah untuk hadir memandangkan cuti sekolah sedang berlangsung.

IEF 2023 ini sangat menarik apabila mampu mengumpulkan para peserta daripada latar belakang sekolah rendah, sekolah menengah dan kolej-kolej di bawah satu bumbung. 

Ia mampu menjadi platform yang sangat baik bagi mendedahkan golongan pelajar ini dengan inovasi hebat masing-masing di samping dapat bertukar idea bagi menambahbaik inovasi mereka pada masa akan datang.

Majoriti kumpulan peserta sama ada yang hadir secara bersemuka mahupun dalam talian menampilkan produk dalam bentuk prototaip yang berfungsi sekurang-kurangnya pada tahap minimum, iaitu MVP (Minimun Viable Product).

Tahap Ketersediaan Teknologi (TRL) bagi kebanyakan produk masih di peringkat demonstrasi di makmal dan persekitaran sebenar. InsyaAllah, langkah seterusnya produk-produk ini nanti boleh mengambil sertifikasi bagi membolehkan mereka mencapai TRL 8 dan 9 seterusnya melangkah ke peringkat komersil.


Syabas dan tahniah kepada pihak Kolej MARA Kulim atas penganjuran IEF 2023. Terima kasih juga atas kesudian menjemput pihak Cikgudaninovasi sebagai panel juri. 

Banyak yang Cikgudaninovasi pelajari daripada barisan juri yang sememangnya pakar dalam bidang masing-masing termasuk para peserta yang memberikan sepenuh komitmen dalam penghasilan inovasi masing-masing.


Comments