Dakwah untuk Ummah

Pada 3 Mac 2024 yang lalu, cikgudaninovasi berkesempatan memberikan sedikit khidmat selaku sukarelawan sempena Masjid Umar Al-Khattab Open Day. 

Program ini bertujuan membuka ruang kepada orang ramai terutamanya golongan bukan Islam untuk melihat sendiri suasana masjid. Selain itu, pengunjung juga akan ditunjukkan demonstrasi azan, wuduk, solat dan penerangan tentang asas agama Islam oleh para sukarelawan.

Program ini dianjurkan oleh Hidayah Centre Foundation dengan kerjasama jawatakuasa masjid. Antara aktiviti menarik ialah pertandingan mewarna kanak-kanak, pameran tentang agama Islam, pemeriksaan kesihatan, demonstrasi CPR, lawatan masjid, cabutan bertuah, penyampaian sumbangan, jamuan dan lain-lain lagi.

Ini merupakan kali pertama cikgudaninovasi menyertai Hidayah Centre Foundation. Banyak yang dapat dipelajari terutamanya tentang bagaimana memberikan penerangan tentang ajaran Islam kepada bukan Islam. 

Program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, lebih-lebih lagi pihak penganjur telah biasa menganjurkan aktiviti seperti ini dan memang dikenali aktif. 

Pada pengamatan cikgudaninovasi, program ini dapat merapatkan hubungan di antara masyarakat berbilang bangsa, meningkatkan kefahaman dan sikap saling menghormati di antara satu sama lain.

Semoga lebih ramai lagi para sukarelawan dalam kalangan umat Islam menyertai program ini. Kepada yang berminat, boleh daftarkan diri anda di pautan berikut https://www.hidayahcentre.org/reg/member2_new.php.

Terima kasih Hidayah Centre Foundation membuka peluang untuk cikgudaninovasi dan isteri untuk menyumbang sesuatu kepada ummah. 


Comments